Family Dinner 2008
Pada 29 Mac yang lalu kami sekeluarga telah pergi ke Restoran Seafood kat Selaman Bangi unutk menyambut hari kelahiran bapaku serta beberapa orang ahli, Abg Apai dan Abg Man (ipar). Juga tidak ketinggalan diriku juga (27Feb lepas dah..) yg mengambil kesempatan ini utk menyaport (sponsor) sikit. Pasal aku memang ada niat nak belanja family ku makan besar pas dapat tawaran tetap nih. Alhamdulillah tercapai jua hajatku.
Bermula jam 8pm, kitorang bergerak dari rumah seramai lebih kurang 20 orang ahli keluarga terdiri daripada Yan sekeluarga, Abg Ani & Kak Sue, Kak A sekeluarga. Meriah juga majlis nih pasal anak2 buah telah membentuk sepasukan (team) kanak-kanak riang. Suka la diorang tuh bila dapat berjumpa n berhimpun sesama. Kat umah pun camtu tuh ler lebih kurang. Makanan yang disajikan sedap dan menarik. Tempat tu memang menjadi tumpuan pasal dekat ngan Bangi dan Putrajaya.
After that, kitorang bagi hadiah harijadi atuk (ayahku) yg ke 61. Moga ayah ku panjang umur dan murah rezeki. Tidak lupe kamera lensa sentiasa mencahayai suasana pada malam itu untuk kenangan bersama. Mungkin selepas ini kitorang nak gi makan angin kat Cameron Highland pulak. Memang teringin aku nak ke sana pasal dah lama x gi. Dulu pernah pergi masa rombongan budak sekolah sampai muntah dalam bas.huhu.. kelakarnyer!! Boleh demam lak kat atas tue. Sejuk giler. Tempat tu pon memang sesuai kpd pasangan yg baru mendirikan rumah tangga untuk berbulan madu. Aku syorkan kat Tanah Rata atau Brinchang. Ok sape nak ikut leh angkat tangan ye.. Hehe
P/s: gambar aku blom upload lagi. sat lagik..
Tiada komen.
Tinggalkan Jawapan
-
Arkib
- April 2008 (5)
- Februari 2008 (7)
-
Kategori
-
RSS
RSS Entri
RSS Komentar
