Mfaizals

mfs_27@yahoo.com

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri 1429H

Pada 20 Mac yang lalu bersamaan 12 rabiul Awal, pasukan perbarisan dari Jabatan Kerja Raya Selangor telah menghantar pasukannya untuk menyertai Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di Stadium Melawati Shah Alam. Sambutan peringkat Negeri itu telah disertai dari pelbagai peringkat iaitu jabatan kerajaan, swasta,berkanun, IPT dan sekolah. Ia bertujuan untuk mengingati hari keputeraan Nabi SAW dengan menggalakkan masyarakat Islam untuk sama2 berhimpun dan berselawat disamping untuk menghidupkan budaya suasana Islam dalam masyarakat.

Majlis tersebut telah sudi diperkenankan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Ibni Almarhum Sultan Salahuddin abdul Aziz Shah yang julung kalinya turun bersama rakyat untuk sama memeriahkan majlis tersebut. Sambutan tersebut dimulakan dengan acara perarakan sambil berselawat oleh semua pasukan menuju ke Stadium Melawati. ia turut mempertandingkan bagi kategori perbarisan, sepanduk dan pasukan. Kemudian hadirin disajikan dengan persembahan artis kumpulan nasyid, Nazri Raihan, Ustazah Rabiah dan lain-lain.

Pada tahun ini JKR Selangor telah memenangi tempat kedua bagi kategori perbarisan terbaik dibelakang pasukan SUK dan mengalahkan pasukan Bomba. Berkat kesungguhan oleh peserta lelaki dan wanita, JKR telah memenangi trofi, sijil penghargaan dan wang tunai RM700 yang disampaikan oleh Sultan Selangor. Ini adalah kali pertama pasukan JKR mendapat trofi selepas kali kedua menyertai perbarisan ini. Semoga majlis yang diadakan ini akan menjadi titik tolak untuk kita lebih menginagati perjuangan dan pengorbana Nabi dalam kehidupan seharian kita.

April 14, 2008 Posted by | Uncategorized | Tinggalkan Komen

Salam Maulidur Rasul 1429H

Seperti tahun2 lepas, negara akan menyambut keputeraan Nabi SAW pada tanggal 12 Rabiul Awal. pada tahun nih jatuh pada 20 Mac 2008 hari Khamis. Actually, hari cuti umum ni bukan sekadar kita berehat sbg cuti umum atau masa utk kita keluar bersama keluarga. Tetapi ada perkara penting perlu kita ingat sebalik tanggal hari yang bersejarah itu. Kita memang dianjurkan untuk memngingati pengorbanan Nabi SAW sepanjang masa, bukan menunggu hari tersebut. Bagaimana kita menginagati tarikh kelahiran kawan2 baik, teman istimewa atau ahli keluarga kita; maka lebih dari itu kita untuk ingat tarikh kekasih Allah SWT, Nabi Muhammad bin Abdullah.

Apakah cara yg kita buat utk mengingati hari tersebut?? adakah hari2 kita muhasabah diri kita untuk mencintai Nabi kita yg terlalu rindu akan umatnya. Sebelum kewafatan Nabi, keluar dari bibir Nabi “ummati…ummati”. Tetapi sebaliknya kita jauh untuk mengingati pengorbanan Nabi kita.  Kita lebih mengagungkan kehidupan budaya orang lain daripada kehidupan suci nabi SAW. Mari kita selidiki diri sendiri banyak mana sunnah Nabi atau kehidupan Nabi ada di dalam kehidupan kita?? Jika kita cinta seorang kekasih maka kita akan menuruti segala kehendak kekasih itu. Maka kita…?

Marilah kita memperbanyakkkan selawat ke atas Nabi SAW setiap masa. Jika kita terlalu sibuk pun luangkalah sedikit masa selepas solat fardhu atau sunat. Orang yang banyak selawat ke atas Nabi tanda dia cinta kepada Nabi SAW. Oleh itu, marilah kita kembali ke jalan yang paling diredhai oleh ALLAH dengan mengikuti jejak Nabi dan juga para sahabat.

Ya Allah.. berilah kami taufiq dan hidayah untuk kami mengikuti sunnah kekasihMu dalam kehidupan kami agar kami nanti dapat bersama seperti mereka yang telah berjaya bersama Keksaihmu.Amin..

April 14, 2008 Posted by | Uncategorized | Tinggalkan Komen

   

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.