Mfaizals

mfs_27@yahoo.com

Perjalanan semalam..

Alhamdulillah.. semalam aku dah lapor diri kat KKR. Pagi tuh aku pergi KKR ngan classmate @ housemate @ staffmate, Aziz naik kete dia. Lebih kurang kul 830pagi, mula daftar nama. Jumpa la ramai kengkawan yg register masa bulan tujuh tahun lepas. Seramai 28 orang (J41) dan 19 (J29) yg daftar hari tuh. Jumpe member kat HQ and other states. Program dimulakan dengan kata-kata aluan dan ucapan tahniah oleh pengerusi majlis. Then, kitorang mula mengisi borang beramai-ramai (ikut step takut silap isi). Nanti petang pulak kitorang baru akan dapat surat penempatan (pink form). berdebar2 gak mana la aku akan dihantar. Masa taklimat tuh memang ada harapan utk balik ke tempat asal. Bagus la camtu.

Petang tuh kumpul kat CPK jumpe ngan En Ahmad Besah. Dia bagi taklimat sikit and minta sape2 nak minta tukar. maybe susah sikit nak tukar kot. Kul 330pm jumpe pn Salmah.. baru la dapat pink form tuh. Syukur dapat balik state selangor. InsyaAllah selagi panjang umur ada la rezeki kat situ lagi. Xtau sampai bile…

April 17, 2008 Posted by | Uncategorized | 2 Komen

Family Dinner 2008

Pada 29 Mac yang lalu kami sekeluarga telah pergi ke Restoran Seafood kat Selaman Bangi unutk menyambut hari kelahiran bapaku serta beberapa orang ahli, Abg Apai dan Abg Man (ipar). Juga tidak ketinggalan diriku juga (27Feb lepas dah..) yg mengambil kesempatan ini utk menyaport (sponsor) sikit. Pasal aku memang ada niat nak belanja family ku makan besar pas dapat tawaran tetap nih. Alhamdulillah tercapai jua hajatku.

Bermula jam 8pm, kitorang bergerak dari rumah seramai lebih kurang 20 orang ahli keluarga terdiri daripada Yan sekeluarga, Abg Ani & Kak Sue, Kak A sekeluarga. Meriah juga majlis nih pasal anak2 buah telah membentuk sepasukan (team) kanak-kanak riang. Suka la diorang tuh bila dapat berjumpa n berhimpun sesama. Kat umah pun camtu tuh ler lebih kurang. Makanan yang disajikan sedap dan menarik. Tempat tu memang menjadi tumpuan pasal dekat ngan Bangi dan Putrajaya.

After that, kitorang bagi hadiah harijadi atuk (ayahku) yg ke 61. Moga ayah ku panjang umur dan murah rezeki. Tidak lupe kamera lensa sentiasa mencahayai suasana pada malam itu untuk kenangan bersama. Mungkin selepas ini kitorang nak gi makan angin kat Cameron Highland pulak. Memang teringin aku nak ke sana pasal dah lama x gi. Dulu pernah pergi masa rombongan budak sekolah sampai muntah dalam bas.huhu.. kelakarnyer!! Boleh demam lak kat atas tue. Sejuk giler. Tempat tu pon memang sesuai kpd pasangan yg baru mendirikan rumah tangga untuk berbulan madu. Aku syorkan kat Tanah Rata atau Brinchang. Ok sape nak ikut leh angkat tangan ye.. Hehe

P/s: gambar aku blom upload lagi. sat lagik..

April 15, 2008 Posted by | Uncategorized | Tinggalkan komen

Lapor diri

Esok 16 April 2008 bersamaan 9 Rabiul Akhir 1429H merupakan hari yang dinantikan oleh ku. Esok aku akan pergi ke Kementerian Kerja Raya di Jalan Sultan Salahuddin untuk melaporkan diri bagi tawaran tetap jawatan Jurutera Elektrik J41. Syukur Alhamdulillah ini adalah rezekiku kat government ni. Kita tidak tahu rezeki kita sampai bila. Aku tidak pasti sama apakah aku akan tetap bekerja. Tapi yang pasti aku akan berusaha  mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan. Aku yakin rezekiku masih ada di dunia ini selagi maut datang utk menjemputku. Rezeki kita ada di mana2. Dia tidak pernah lupa kepada hambanya. Maka aku akan terus berusaha gigih dan beri sepenuh komitmen untuk membantu negara, bangsa dan agama. InsyaALLAH..moga kalian dapat mendoakan utk diriku ini..

April 15, 2008 Posted by | Uncategorized | Tinggalkan komen

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri 1429H

Pada 20 Mac yang lalu bersamaan 12 rabiul Awal, pasukan perbarisan dari Jabatan Kerja Raya Selangor telah menghantar pasukannya untuk menyertai Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di Stadium Melawati Shah Alam. Sambutan peringkat Negeri itu telah disertai dari pelbagai peringkat iaitu jabatan kerajaan, swasta,berkanun, IPT dan sekolah. Ia bertujuan untuk mengingati hari keputeraan Nabi SAW dengan menggalakkan masyarakat Islam untuk sama2 berhimpun dan berselawat disamping untuk menghidupkan budaya suasana Islam dalam masyarakat.

Majlis tersebut telah sudi diperkenankan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Ibni Almarhum Sultan Salahuddin abdul Aziz Shah yang julung kalinya turun bersama rakyat untuk sama memeriahkan majlis tersebut. Sambutan tersebut dimulakan dengan acara perarakan sambil berselawat oleh semua pasukan menuju ke Stadium Melawati. ia turut mempertandingkan bagi kategori perbarisan, sepanduk dan pasukan. Kemudian hadirin disajikan dengan persembahan artis kumpulan nasyid, Nazri Raihan, Ustazah Rabiah dan lain-lain.

Pada tahun ini JKR Selangor telah memenangi tempat kedua bagi kategori perbarisan terbaik dibelakang pasukan SUK dan mengalahkan pasukan Bomba. Berkat kesungguhan oleh peserta lelaki dan wanita, JKR telah memenangi trofi, sijil penghargaan dan wang tunai RM700 yang disampaikan oleh Sultan Selangor. Ini adalah kali pertama pasukan JKR mendapat trofi selepas kali kedua menyertai perbarisan ini. Semoga majlis yang diadakan ini akan menjadi titik tolak untuk kita lebih menginagati perjuangan dan pengorbana Nabi dalam kehidupan seharian kita.

April 14, 2008 Posted by | Uncategorized | Tinggalkan komen

Salam Maulidur Rasul 1429H

Seperti tahun2 lepas, negara akan menyambut keputeraan Nabi SAW pada tanggal 12 Rabiul Awal. pada tahun nih jatuh pada 20 Mac 2008 hari Khamis. Actually, hari cuti umum ni bukan sekadar kita berehat sbg cuti umum atau masa utk kita keluar bersama keluarga. Tetapi ada perkara penting perlu kita ingat sebalik tanggal hari yang bersejarah itu. Kita memang dianjurkan untuk memngingati pengorbanan Nabi SAW sepanjang masa, bukan menunggu hari tersebut. Bagaimana kita menginagati tarikh kelahiran kawan2 baik, teman istimewa atau ahli keluarga kita; maka lebih dari itu kita untuk ingat tarikh kekasih Allah SWT, Nabi Muhammad bin Abdullah.

Apakah cara yg kita buat utk mengingati hari tersebut?? adakah hari2 kita muhasabah diri kita untuk mencintai Nabi kita yg terlalu rindu akan umatnya. Sebelum kewafatan Nabi, keluar dari bibir Nabi “ummati…ummati”. Tetapi sebaliknya kita jauh untuk mengingati pengorbanan Nabi kita.  Kita lebih mengagungkan kehidupan budaya orang lain daripada kehidupan suci nabi SAW. Mari kita selidiki diri sendiri banyak mana sunnah Nabi atau kehidupan Nabi ada di dalam kehidupan kita?? Jika kita cinta seorang kekasih maka kita akan menuruti segala kehendak kekasih itu. Maka kita…?

Marilah kita memperbanyakkkan selawat ke atas Nabi SAW setiap masa. Jika kita terlalu sibuk pun luangkalah sedikit masa selepas solat fardhu atau sunat. Orang yang banyak selawat ke atas Nabi tanda dia cinta kepada Nabi SAW. Oleh itu, marilah kita kembali ke jalan yang paling diredhai oleh ALLAH dengan mengikuti jejak Nabi dan juga para sahabat.

Ya Allah.. berilah kami taufiq dan hidayah untuk kami mengikuti sunnah kekasihMu dalam kehidupan kami agar kami nanti dapat bersama seperti mereka yang telah berjaya bersama Keksaihmu.Amin..

April 14, 2008 Posted by | Uncategorized | Tinggalkan komen